• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

80 Penerima Biasiswa Pelajaran sertai Program HiAsMeGa 2026

MAIPk sekali lagi menganjurkan program Program Hijrah Asnaf ke Menara Gading (HiAsMeGa) yang telah dilaksanakan selama 3 hari 2 malam, bermula 21 sehingga 23 April 2026, bertempat di Universiti Teknologi PETRONAS, Tronoh Perak.

Program ini bertujuan memberi pendedahan awal kehidupan di kampus bagi membina jati diri, minda dan kerohanian menuju alam mahasiswa di menara gading. Para peserta lepasan SPM 2025 ini didedahkan dengan elemen pembinaan sahsiah, kerohanian, keyakinan diri dan kemahiran komunikasi, pendedahan akademik serta hala tuju selepas SPM serta pengalaman kehidupan di universiti.

Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil telah disempurnakan oleh Puan Wan Maizura binti Wan Zahari, Ketua Pegawai Operasi MAIPk. Turut serta Tuan Haji Mohd Fadil bin Mohd Ariff, Chief of Business Planning Marketing and Performance UTP, Encik Rohizan bin Omar, Pengurus Besar Bahagian Hal Ehwal Korporat MAIPk, Encik Suhaimi bin Yusoff, Pengurus Besar Bahagian Zakat MAIPk dan Encik Zulkarnain bin Abdul Director of Marketing and Admission UTP.

MAIPk terus komited dalam pembangunan pendidikan pelajar asnaf di Negeri Perak. MAIPk berharap para peserta terus maju jaya menempuh alam universiti dan dapat mengubah taraf ekonomi keluarga pada masa hadapan.




.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.